Sinopsis Drama Cinta Buat Dara

Aku suka drama yang best. Contohnya drama cinta buat dara yang akan mula ditayangkan pada 24 Ogos ini di saluran TV3. Siapa pula si Dara ni? Dia jatuh cinta dengan siapa pula tu..


Sinopsis Drama Cinta Buat Dara


Sinopsis Drama Cinta Buat Dara

Apa yang menariknya adalah Drama ini mengisahkan tentang seorang Pemuzik bernama Hariz yang bercita-cita tinggi untuk berjaya. Tetapi dia terpaksa tangguhkan impiannya untuk membantu bisnes keluarga.

Ketika membantu keluarganya itu, dia berjumpa dengan seorang gadis bernama Dara yang datang dari bandar yang dihantar ke kampung untuk betulkan sikapnya. Apakah yang bakal terjadi jika mereka bekerja di satu tempat yang sama? 

Kalau nak tahu kesudahannya, kenalah tengok drama ni tau.

Info Cinta buat dara

Drama ini dibintangi oleh pelakon Riena Diana yang membawa watak sebagai Dara dan Syafiq Kyle pula melakonkan watak sebagai Hariz. Pelakon dan pengacara Sean Lee pula melakonkan watak sebagai Jason dan Rozita Che Wan pula sebagai Rose.

Drama ini disiarkan pada setiap hari rabu hingga khamis ppada jam 9 malam di saluran tv3. Drama ini juga merupakan drama yang menggantikan drama honeymoon tau.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Afifah Nasir, Shah Rezza,  Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin dan Kenji Sawahi.

Pasti korang tak sabar nak tahu pengakhiran drama ni kan. jangan lupa tengok tau.



Previous Post Next Post