Senarai Kumpulan AFF 2022, Malaysia dalam kumpulan B

 Senarai Kumpulan AFF 2022, Malaysia dalam kumpulan B. Menjelang kejohanan aff mitsubishi electric cup 2022 pada hujung tahun ini, pihak AFF telah melakukan sesi pengundian peringkat kumpulan yang menyaksikan semua negara yang terlibat di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.


Senarai Kumpulan AFF 2022, Malaysia dalam kumpulan B


Senarai Kumpulan AFF 2022, Malaysia dalam kumpulan B

Malaysia pula diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Vietnam, Singapore, Myanmar dan Laos. Manakala bagi kumpulan A pula kita ada Thailand, Filipina, Indonesia, kemboja dan juga salah satu pasukan antara Brunei atau Timor Leste. 

Brunei dan timor leste akan bertarung terlebih dahulu sebelum mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya. 

Ramai beranggapan, Malaysia akan melalui laluan mudah dan boleh dikatakan hanya Vietnam yang boleh memberi tentangan dalam kumpulan tersebut. Namun bagi kami, saingan singapura dan myanmar juga mampu mengkucar kacirkan perjalanan anak buah kim pan gon nanti.

Kita pernah kena dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini. Harapnya anak buah kim pan gon dapat memberikan fokus yang maksima dalam kejohanan ini memandangkan musim yang mengecewakan pada tahun lepas.

Semoga berjaya buat Harimau Malaya.


Previous Post Next Post