Selangor Kecewa Lagi, Terengganu ke Final

Selangor Kecewa Lagi, Terengganu ke Final. Semalam berlangsungnya perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan Selangor dan juga terengganu di Stadium Sultan Mizan.

Keputusan perlawanan menyaksikan pasukan Terengganu layak ke pusingan akhir dan bakal bertemu dengan JDT nanti.

Selangor Kecewa Lagi, Terengganu ke Final


Selangor Kecewa Lagi, Terengganu ke Final

Kekecewaaan jelas terpancar dalam kem Selangor apabila mereka gagal melayakkan diri ke final. Selangor terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke  24 menerusi Nor Hakim Hassan.

Kemudian Faisal Halim menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 48 selepas bersambung babak kedua perlawanan. Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan tetapi mereka gagal mendapatkan jaringan yang mereka mahukan.

Perlawanan terheret ke masa tambahan namun masih tiada gol dijaringkan. Pengadil memutuskan untuk melaksanakan sepakan penalti bagi mencari pemenang perlawanan ini.

Akhirnya, Terengganu menang menerusi sepakan penalti 4-2 kepada selangor. Wira pasukan terengganu yang menyelamatkan sepakan penalti iaitu Rahadiazli. 


أحدث أقدم