Pearly Tan, Thinaah Bawa Pulang Pingat Emas

Pearly Tan, Thinaah Bawa Pulang Pingat Emas. Akhirnya, sejak awal pembabitan mereka dalam dunia badminton. Aku sering tengok diorang bermain dan melihat perkembangan mereka.. Kali ini mereka tidak menjadi mangsa belasahan lagi, mereka beri pingat emas kepada Malaysia.


Pearly Tan, Thinaah Bawa Pulang Pingat Emas


Pearly Tan, Thinaah Bawa Pulang Pingat Emas

Kedua-dua mereka beraksi di pentas final acara badminton beregu wanita dan mereka beraksi menentang pasangan dari England chloe birch dan lauren smith.

Mereka bermain baik apabila mengalahkan pasangan england di hadapan penyokong england dengan keputusan 21-5 dan 21-8.

Keyakinan yang memuncak ditonjolkan dalam permainan mereka sehinggakan pihak lawan tidak mampu melakukan apa-apa untuk mencabar gandingan emas kita.

Tahniah buat pearly tan dan juga thinaah sebab berjaya membawa pingat emas kedua mereka dari sukan komanwel selepas acara badminton berpasukan yang juga membawa pingat emas kepada malaysia.

Tahniah sekali lagi!

أحدث أقدم