Malaysia u16 Menang, Australia U16 Kalah

Malaysia u16 Menang, Australia U16 Kalah..Dalam perlawanan semalam, pasukan bawah 16 tahun negara berjaya mengalahkan pasukan Kemboja pada kejohanan AFF u16 yang berlangsung di Indonesia.


Malaysia u16 Menang, Australia U16 Kalah



Malaysia u16 Menang, Australia U16 Kalah

Malaysia juga berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 3-0. Gol pertama dijaringkan oleh Arami Wafiy Zakimi yang berjaya menembusi gawang kemboja seawal minit ke 6.

Bersambung babak kedua, skuad negara berjaya mendapat gol kedua selepas pemain kemboja, Tum Sophat tertolak bola masuk ke gawang sendiri pada minit yang ke 59.

Pada minit ke 78, Muhammad Faris Danish berjaya menjaringkan gol ketiga untuk skuad negara sekali gus menutup perlawanan pertama dengan 3 mata.

Manakala pasukan tumpuan, Australia pula tewas 3-2 ditangan Myanmar dalam perlawanan pertama semalam dalam kumpulan yang sama.

Perlawanan seterusnya, Malaysia bakal bertemu dengan Myanmar pada hari jumaat, 5 Ogos 2022 ini.


Previous Post Next Post