Kita Kena Panik! -Jurulatih Selangor

 Kita Kena Panik! - Nidzam Jamil. Sejak semalam, semua peminat bola sepak tempatan mula bersuara mengenai pasukan Selangor. Ramai yang menyayangi pasukan itu dan mahu mereka kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya.

Kita Kena Panik! - Nidzam Jamil


Kita Kena Panik! - Nidzam Jamil

Dalam temubual selepas perlawanan, jurulatih sementara Selangor, Nidzam Jamil mengatakan yang selangor perlu mempunyai naluri pembunuh untuk mendapatkan lebih banyak gol. 

"Kita Selangor, kita patut panik. Jadi kita tak boleh tak panik dalam keadaan macam ini. Terengganu sangat beruntung ada pemain macam Faisal Halim yang mencipta banyak perbezaan.


"Pada babak kedua kita ubah sedikit taktikal dan sikap kita, saya mengharapkan kita dapat gol, tapi ia tidak berlaku. Saya fikir bahagian depan kita kena ada naluri pembunuh yang lebih baik lagi selepas ini kerana mencipta peluang dengan menjaringkan gol adalah dua perkara berbeza.


"Bagi saya aspek komitmen pemain tiada isu, mungkin babak pertama ada sedikit longgar, namun babak kedua kita bermain baik. Tetapi ini Selangor, kita tak boleh bermain baik namun tak ada keputusan. Kami perlu dapatkan keputusan selepas ini," katanya selepas aksi berdepan Terengganu FC (TFC), malam tadi.


Previous Post Next Post