Kisah Adik Ainul Mardhiah Kanser Mulut.. Sejak semalam, berita mengenai keadaan adik ainul mula tersebar dan dari sumber ibunya sendiri mengatakan kanak-kanak tersebut dalam keadaan kritikal dan tenat.
Kisah Adik Ainul Mardhiah bekas Pesakit Kanser Mulut
Kanak-kanak ini yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat. Adiik ainul menjadi sebutan ramai ketika penderitaannya menghidap tumor di bagaian mulut seberat 200gm telah menyentuh hati rakyat Malaysia.
Malah adik ainul juga telah terbang ke London untuk menjalani pembedahan berkenaan dan pembedahan itu berjaya.Alhamdulillah.
Terbaru, Posting pada 1 Ogos 2022 , ibu adik ainul yang memberitahu keadaan semasa dan kondisi sekarang ini.
"Bismillahirahmanirahim. Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.
"Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency.
"Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul.
Doakan ya semua 😭," demikianlah tulis ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, menerusi Instagram milik beliau sebentar tadi yang memaklumkan anak perempuannya itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Nurul Erwani berkata, Ainul mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Kini kita doakan agar adik ainul kembali sihat seperti sedia kala dan meneruskan kehidupannya sebagai kanak-kanak seperti yang lain. Rindu nak lihat celoteh dia kan.
Post a Comment