Kelantan Tidak Boleh Kalah - Jurulatih Kelantan

Kelantan Tidak Boleh Kalah - Jurulatih Kelantan. Mengulas mengenai kedudukan kelantan dalam liga perdana musim ini dan baki saingan hanya 2 perlawanan sahaja lagi, jurulatih kelantan, Rezal Zambery berharap pasukannya tidak kalah dalam baki perlawanan tersebut.

Kelantan Tidak Boleh Kalah - Jurulatih Kelantan


Kelantan Tidak Boleh Kalah - Jurulatih Kelantan

Rezal berkata; "Kita tidak boleh kalah atau seri dalam dua perlawanan selepas ini kerana Johor Darul Ta'zim II (JDT II) sedang mengekori rapat di belakang kita dengan perbezaan tiga mata. Malah, pasukan itu juga mempunyai tiga lagi baki perlawanan berbanding Kelantan United yang hanya ada dua baki perlawanan sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


"Saya mengharapkan dalam tempoh masa yang ada ini, isu kecederaan pemain dapat dikurangkan dan pemain mampu pulih sebelum perlawanan menentang Selanggor FC II pada 4 September dan Kelantan United, 17 September depan.

"JDT II boleh muncul juara Liga Perdana musim ini sekiranya pasukan kita gagal mempamerkan aksi cemerlang," katanya.

Setakat ini, kelantan masih menerajui liga dengan 35 mata dan diikuti oleh JDT 2 dengan 33 mata.

Previous Post Next Post