Kekalahan itu Menyakitkan - Jurulatih SELANGOR

Kekalahan itu Menyakitkan - Jurulatih SELANGOR. Para peminat selangor mula mempersoal kembali mengenai kedudukan jurulatih pasukan tersebut selepas kalah 2 kali berturut turut. Tetapi melalui wartawan sukan, dia pasti jurulatih itu akan kekal sehingga habis musim ini.

Kekalahan itu Menyakitkan - Jurulatih SELANGOR




Kekalahan itu Menyakitkan - Jurulatih SELANGOR

Dalam pada itu, Michael Feichtenbeiner  Jurulatih pasukan selangor berkata dia sangat kecewa dengan kekalahan pasukan tersebut kepada Negeri sembilan baru-baru ini.


"Babak kedua kami tidak dapat menjaringkan gol ketiga, di mana kami mahukan tambahan gol. Kami tahu Negeri Sembilan amat bahaya dalam situasi bola mati, dan mereka memberi tekanan dengan hantaran bola jauh bagi cuba mendapatkan bola mati.



"Gol pertama dan kedua (Negeri Sembilan) daripada situasi bola mati dan kita gagal tanganinya. Kita melakukan kesilapan sendiri dan berikan gol. Selepas ini pertahanan kita kena bertahan lebih baik dan gol terakhir itu memang amat melukakan," katanya pada sidang media sejurus tamat aksi itu.



"Kekalahan kedua berturut-turut ini (minggu lalu tewas 2-0 kepada Sri Pahang) sesuatu yang tidak dijangka bagi Selangor, tapi ia dua aksi berbeza.


"Setiap kali tewas ia amat menyakitkan dan saya tidak dapat menyatakan apa-apa. Hari ini babak pertama kami dalam situasi sempurna, tapi sekali lagi kami perlu bertahan lebih baik daripada situasi bola mati. Inilah bola sepak, kami tewas," katanya.


Previous Post Next Post