JDT Menang TIPIS, Terengganu Dapat Pujian

JDT Menang, Terengganu Dapat Pujian.. Ramai tahu ada match melibatkan pasukan TFC dan Johor DT semalam yang menyaksikan Juara liga super itu menang dengan jaringan 2-1.  Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mizan di Terengganu.


JDT Menang TIPIS, Terengganu Dapat Pujian


JDT Menang TIPIS, Terengganu Dapat Pujian


Gol pertama JDT dihasilkan menerusi pemain import mereka Bergson pada minit ke 32  selepas dia menerima umpanan cantik dari Afiq Fazail dari tengah padang. Jika Pertahanan terengganu lebih alert, maka mereka boleh gagalkan percubaan tersebut.

dan seterusnya gol kedua mereka pula dijaringkan oleh Forestieri pada minit ke 47 apabila tendangan deras yang di lakukan oleh pemain tersebut tidak dapat dihalang oleh penjaga gol terengganu, Rahadiazli.

Terengganu yang kehilangan tonggak utama mereka, Faisal Halim dan juga Manuel Ott nampak bersemangat dan terus mencari gol dan hasilnya pada minit ke 51, Hakimi berjaya mendapatkan gol pertama mereka.

Namun mereka gagal mendapatkan gol kedua walaupun mempunyai peluang yang cukup untuk menambah satu gol lagi. 

Keputusan akhir, JDT-2-TERENGGANU 1

Kualiti pemain terengganu yang lebih banyak pemain tempatan memperlihatkan kemampuan anak Malaysia bermain bola sepak. Tahniah buat terengganu..


Previous Post Next Post