JDT Bangkit Tewaskan Melaka United

 JDT Bangkit Tewaskan Melaka United. Ramai yang mula gusar mengenai prestasi pasukan juara liga super malaysia selepas mereka gagal layak ke pusingan seterusnya untuk kejohanan AFC Champion League baru-baru ini. Namun, mereka tidak tunggu lama dengan memberi kemenangan kepada peminat mereka dalam perlawanan menenatang melaka united semalam. 


JDT Bangkit Tewaskan Melaka United


JDT Bangkit Tewaskan Melaka United. 

Dalam perlawanan tersebut, gol pembukaan dijaringkan oleh fernando forestieri pada minit ke 13 dan kemudian Bergson menjaringkan gol kedua pada minit yang ke 32. Kemudian pada minit ke 42 bergson sekali lagi menjaringkan gol selepas menerima umpanan dari pemain pertahanan kiri mereka iaitu corbin ong.


Bergson melengkapkan hatriknya pada minit ke 85 selepas menerima bola cantik dari syafiq ahmad. keputusan akhir, JDT 4-0 MELAKA UNITED.

Dengan kemenangan ini kita akan lihat JDT mengangkat kejuaraan liga super buat kali ke 9 berturut-turut sterusnya mencipta satu sejarah baru dalam bola sepak Malaysia.

Fans JDT adakah anda sudah bersedia?


Previous Post Next Post