HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2022

 HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2022. Baru-baru ini, MFL telah mengumumkan lokasi venue final yang melibatkan pasukan Terengganu dan juga JDT. Pasti ramai yang nak tahu, berapa pula harga tiket yang dikenakan kepada penonton? Mahal ke harga tiket? Takut Ulat tiket bermaharajalela pula nanti.


HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2022


HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2022

Semua persoalan itu sudah dijawab oleh MFL yang mana mereka telah menyenaraikan harga tiket bagi pentas final piala fa 2022 nanti.

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September 2022 (Sabtu).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, senarai harga tiket perlawanan akhir Piala FA tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir tahun lepas bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.

CARA BELI TIKET FINAL PIALA FA 2022

Kali ini ada sedikit kelainan yang dibuat oleh MFL. Mereka tidak menjual tiket final tetapi menyerahkan kepada Terengganu dan JDT untuk menjualnya.

TERENGGANU 

🏆𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗙𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮🏆

📲Kesemua tiket Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2022 akan dijual secara online di ticket.tickethotline.com.my

📅𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍

🏴28 - 30 OGOS 2022 (Bermula jam 10.00 Pagi)

Dibuka Kepada :

-Pemegang TFC Membership Card

-Pemegang Pas Bermusim 2022 ( Berbayar )

-Pembeli Tiket Online Perlawanan Terengganu FC vs Sarawak United FC (Liga Super)

🏴31 OGOS 2022 (Bermula jam 10.00 Pagi)

-Dibuka Kepada Semua Penyokong Terengganu FC

- - - - - 

🎫𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 & 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍

GA50   : RM50.00

(General Admission)*Harga tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian online dan insuran

GA70   : RM70.00

(General Admission)*Harga tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian online dan insuran

PG150 : RM150.00

(Premium Grandstand)*Harga tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian online dan insuran 

VIPG200 : RM200.00

*Harga tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian online

(VIP Grandstand )*Harga tidak termasuk caj perkhidmatan pembelian online dan insuran 

#TerengganuFC

#WeBleedBlackAndWhite

Proses pembelian boleh dibuat menerusi Pasukan masing-masing. Nanti kami akan kemaskini link untuk anda beli tiket ya.

Previous Post Next Post