FAM Terima Peletakan Jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar

 FAM Terima Peletakan Jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar. Pagi tadi, kami ada maklumkan mengenai kerusi panas setiausaha agung FAM yang dijangka akan kosong. Sebentar tadi pula, FAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkata tersebut.

FAM juga memaklumkan bahawa Mohd Saifuddin Abu Bakar telah meletak jawatan setiausaha agung FAM dan Pihak mereka menerima perletakan jawatan tersebut.

FAM Terima Peletakan Jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar


Siaran Media: FAM Terima Peletakan Jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan peletakan jawatan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar selepas beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

Mohd Saifuddin, 61, yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM bagi menggantikan Stuart Ramalingam berkuat kuasa pada 1 September 2021 akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos 2022.

Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 pada hari ini telah menerima peletakan jawatan tersebut dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Mohd Saifuddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang bersama FAM, termasuk penganjuran perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.

Selamat maju jaya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

23 Ogos 2022



Previous Post Next Post