Bergson Masih Penjaring Terbanyak Setakat 16 Perlawanan

Pemain import JDT masih mendominasi kedudukan penjaring terbanyak liga setakat 16 perlawanan setakat ini. Ia juga merupakan bukti yang kukuh dan membantu pasukan itu berada di puncak liga super 2022 ini.


Bergson Masih Penjaring Terbanyak


Bergson Masih Penjaring Terbanyak Setakat 16 Perlawanan

Selain bergson yang menjaringkan 17 gol setakat ini, rakan sepasukannya yang juga pemain import JDT iaitu Forestieri juga menduduki tangga kedua dengan 12 gol setakat ini. Walaupun baru semusim, prestasi Forestieri amat membanggakan. 

Nampak betul-betul kualiti pemain dari eropah dalam diri dia.

Pemain selangor, Caion yang menjadi sandaran pasukan itu tidak kurang hebatnya apabila sudah menjaringkan 11 gol dan Ronald Ngah pemain import Kedah dengan 8 gol setakat ini.

Satu-satunya pemain tempatan dalam penjaring terbanyak setakat ini adalah Darren Lok. Usahanya dan semangatnya sentiasa kuat demi merebut kedudukan dalam pasukan Kebangsaan.

Walaupun PJ City agak bergelut musim ini, Darren lok berjaya menjaringkan 7 gol dalam 16 perlawanan liga .

Siapakah yang akan menambah jaringan gol pada perlawanan seterusnya pada rabu dan khamis ini? Sama-sama kita nantikan.


Previous Post Next Post