Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia. Pagi ini mendapat khabar sedih apabila diberitahu mengenai Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, jam 11.08 malam tadi.

Almarhum mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan dan menerajui Selangor sehingga 22 September 2014.

Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia

Jenazah akan disemadikan di makan di raja shah alam atas titah dari sultan selangor. Jenazah juga akan dibawah ke masjid negeri shah alam untuk  peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

"Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam," demikian kenyataan menerusi Facebook rasminya itu.

Kita doakan beliau di ampunkan dosanya dan ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.


Previous Post Next Post