Anak Buah Kim Pan Gon Bertemu Trinidad & Tobago

Anak Buah Kim Pan Gon Bertemu Trinidad & Tobago.. Akhirnya, FAM mengesahkan penyertaan skuad negara dalam aksi persahabatan antarabangsa pada bulan september nanti. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, ia berbunyi ...


Anak Buah Kim Pan Gon Bertemu Trinidad & Tobago


Anak Buah Kim Pan Gon Bertemu Trinidad & Tobago

 Skuad Harimau Malaya Sah Sertai Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Di Chiang Mai Bersama Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon secara rasminya akan menyertai siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1di Chiang Mai, Thailand dari 20 hingga 26 September 2022 bersama tiga pasukan lain iaitu tuan rumah Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago.

Berbanding Malaysia yang kini di ranking ke-147 dunia, tiga pasukan tersebut berada pada kedudukan lebih tinggi dalam Ranking FIFA dengan Thailand di kedudukan ke-111, Tajikistan ke-108 dan Trinidad & Tobago ke-101 dunia.

Bagi Pan Gon, peluang berdepan pasukan-pasukan yang lebih baik dan berada pada kedudukan ranking lebih atas itu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau dan anak-anak buahnya untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti permainan skuad Harimau Malaya.

"Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023 pada Jun lalu, kita perlu terus fokus dan memandang ke hadapan dengan permulaan dua perlawanan antarabangsa pada September ini, seterusnya Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Disember untuk perjalanan persiapan bagi menghadapi Piala Asia, tahun depan.

"Selain mahu mendapatkan keputusan positif daripada dua perlawanan di Chiang Mai nanti, saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkemaskan lagi corak dan filosopi permainan ke tahap yang lebih baik dan sempurna," kata Pan Gon.

Berdasarkan format perlawanan membabitkan empat pasukan ini iaitu secara kalah mati, dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung.

Seterusnya, dua pasukan yang menang akan bertemu pada final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga.

Perlawanan antarabangsa anjuran Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) ini akan diadakan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai.

KIM PAN GON

Ketua jurulatih kebangsaan

Previous Post Next Post