[VIDEO] Hendrawan Bagi Kasut Dekat Atlet Jamaica

Viral Hendrawan Bagi Kasut Dekat Atlet Jamaica. Terharu dan terkejut dengan aksi yang diberikan oleh jurulatih badminton negara, Hendrawan yang membantu pemain jamaica.

Samuel ricketts merupakan pemain jamaica yang dimaksudkan itu. Kejadian berlaku ketika Ng Tze yong menentang pemain terbabit dalam aksi sukan komanwel yang berlangsung awal pagi tadi.


[VIDEO] Hendrawan Bagi Kasut Dekat Atlet Jamaica




[VIDEO] Hendrawan Bagi Kasut Dekat Atlet Jamaica

Pemain jamaica terbabit cuba bermain dengan kasut yang dipotong dengan gunting tetapi bahagian belakangnya terkoyak.

Pada mulanya, jurulatih pemain berkenaan datang dan memberikan kasut kepadasamuel. tetapi kasut tersebut kurang selesa kerana size yang berlainan.

Ng tze yong kemudian datang dan tanya kepada samuel sizenya berapa dan kemudian Hendrawan datang dan memberikan kasutnya kepada pemain berkenaan.

Nasibnya baik, kasut tersebut cukup size dengan kakinya. Hendrawan pula kembali ke tempat duduk dengan hanya berstokin bagi meneruskan aksi perlawanan tersebut.

Ng tze yong tidak punya masalah untuk menewaskan samuel rickett dalam perlawanan tersebut dengan keputusan straight set 21-12, 21-16.

Pemain jamaica itu turut menggunakan kasut hendrawan ketika beraksi dalam acara regu.




Previous Post Next Post