Tidak Benarkan lelaki bawah 18 tahun berkahwin Di Terengganu

Tidak Benarkan lelaki bawah 18 tahun berkahwin Di Terengganu. Pesuruhjaya jabatan hal ehwal agama islam terengganu M Rosi Bidin berkata lelaki bawah 18 tahun dan perempuan berusia 16 tahun kebawah masih kekal tidak dibenarkan berkahwin kecuali dengan kebenaran hakim syarie sahaja.

Tidak Benarkan lelaki bawah 18 tahun berkahwin Di Terengganu


Tidak Benarkan lelaki bawah 18 tahun berkahwin


Terdapat maklumat mengatakan seramai 320 orang perempuan berusia 16 tahun  Telah memohon untuk berkahwin. Manakala untuk lelaki bawah 18 tahun pula seraia 284 orang yang telah memohon untuk berkahwin sejak tahun 2016 sehingga tahun 2021.

Namun, hanya 61 pasangan sahaja dibenarkan berkahwin dalam tarikh tersebut. 

"Bermula 2016 hingga tahun lalu, seramai 61 pasangan diluluskan oleh mahkamah syarie untuk diakad nikah.

"Seramai 17 pasangan diakad nikah pada 2016, 2017 (16), 2018 (18), 2019 (18) dan masing-masing lima pasangan pada 2020 dan 2021," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ada juga perempuan berusia 13 tahun memohon untuk berkahwin seperti yang ada dalam rekod mahkamah syariah..

-

Komen aku, keputusan yang tepat bagi mengelakkan masalah cerai berai berlaku apabila mereka menjangkau dewasa. Sekurang-kurangnya si lelaki masih mempunyai masa untuk menstabilakn dahulu kewangan mereka sebelum berumah tangga.


Previous Post Next Post