Syihan Idam Menang Lawan Selangor

Syihan Idam Menang Lawan Selangor. Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang sedang bermain bersama negeri sembilan berkata dia berazam terus memperagakan aksi mantap bagi mempertahankan kubu Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini.


Syihan Idam Menang Lawan Selangor


Syihan Idam Menang Lawan Selangor

Pemain ini juga membantu NSFC cemerlang musim ini dan perlawanan baru ini menentang terengganu yang menyaksikan pasukan tersebut menang keatas pelawat. 

Ahmad Syihan juga barkata;

"Selaku penjaga gol, tugas utama saya untuk memastikan gawang Negeri Sembilan dapat dipertahankan, namun tugas itu bukan mudah kerana Selangor memiliki jentera serangan berwibawa.



"Saya perlu kekal fokus sepanjang tempoh perlawanan dan membuat jangkaan tepat arah bola ke kawasan gol supaya setiap percubaan daripada pemain lawan dapat diselamatkan.


"Saya juga perlu ada komunikasi yang baik dengan rakan lain terutama di bahagian pertahanan supaya usaha pemain lawan untuk melakukan percubaan ke arah gol dapat dihalang," katanya hari ini.


"Kami perlu berwaspada dengan kebangkitan Selangor yang sudah pasti mahu menebus kekecewaan mereka ke atas Pahang.


"Situasi ini sudah tentu akan memberikan cabaran besar buat kami, namun saya yakin menerusi persiapan rapi dibuat, pasukan mampu mencatat keputusan positif walaupun beraksi di tempat lawan.


"Sasaran kami mahu mengekalkan rekod baik ke atas Selangor selepas seri dengan pasukan itu pada aksi pusingan pertama sebelum ini," kata pemain kebangsaan itu yang bersedia memperagakan aksi terbaiknya.

Sumber temubual adalah : Harian Metro.

-

Previous Post Next Post