Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu

Kalau korang layan drama aku yang merinduimu mesti korang perasan yang drama ini dibintangi oleh Syafie Naswip dan juga Elisya sandha dan drama ini ditayangkan di RTM 1.

Drama yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang berubah sekelip mata selepas kehilangan ibu dan ayahnya dalam satu kemalangan merupakan sinopsis drama aku yang merinduimu ini. Drama yang diarahkan oleh Amor rizan ini mempunyai 26 episod keseluruhan.

Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu


Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu

Drama ini menceritakan tentang Husna seorang gadis yang mempunyai ibu dan ayah. Satu hari dia telah kehilangan kedua-duanya sekelip mata. Kejadian kemalangan yang menimpa ayah dan ibunya banyak merubah hidup husna.

Selepas itu, Husna tingga dan dibesarkan oleh Tok Ayah yang dikenali sebagai Pak Seman. Bagaimanakah kehidupan Husna selepas itu? Dapatkah dia menjadi manusia berguna? sama-sama kita saksikan.

Info Drama 

Aku yang merinduimu ini mempunyai 26 episod keseluruhannya dan ditayangkan di saluran RTM 1. Skripnya ditulis oleh pengarahnya sendiri iaitu amor rizan dan juga Maizurah Ideris dan Siti Solehah Abd Ghani.

Pelakon Aku Yang merinduimu

Antara pelakon lain yang terlibat adalah 

  • Syafie Naswip sebagai Tengku Danial

  • Elisya Sandha sebagai Husna

  • Eleen Arisha sebagai Siti

  • John Tan sebagai Eric

  • Mior Hashim Manap sebagai Pak Seman

  • Aliah Lee sebagai Engku Mariam

  • Isaac Iman sebagai Rayyan

  • Iman Suhana sebagai Tengku Zalia

  • Zarul Imran sebagai Zizan

  • Jesse Lim sebagai Vincent

  • Neera Azizi sebagai Tasya

  • Shekeen Waida sebagai Lily

  • Auni Zahra sebagai Husna


Harapnya korang tak terlepaslah nak tengok drama best ni. Aku pun follow drama ni tau. memang lain dari yang lain. Selamat menonton.

Previous Post Next Post