Nunez Cemerlang, Haaland Bergelut

Nunez Cemerlang, Haaland Bergelut .. Selepas perlawanan semalam yang menyaksikan pasukan liverpool mengalahkan pasukan Manchester City dalam aksi Perisai communiti. Dalam perlawanan tersebut, Liverpool menang dengan jaringan 3-1.


Nunez Cemerlang, Haaland Bergelut


Nunez Cemerlang, Haaland Bergelut

Perlawanan ini menjadi tumpuan apabila ia merupakan pertembungan pertama kali melibatkan dua penyerang baru kedua-dua pasukan iaitu Darwin Nunez dan juga Haaland. Namun, untuk perlawanan ini, nasib lebih menyebelahi Nunez apabila pasukannya menang dan dia juga menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut. 

Nunez dimasukkan pada minit ke-59 ketika kedudukan terikat 1-1 dan membantu mendapatkan sepakan penalti apabila bola tandukannya terkena tangan Ruben Dias, sebelum dia menanduk masuk gol ketiga pada masa kecederaan.

Gol Nunez dijaringkan pada minit ke 90+4 beberapa minit sebelum tamat perlawnaan

Haaland pula nampak bergelut untuk mencari gol dan pada masa yang sama dia melepaskan beberapa peluang terhidang di depan matanya.

Dua gol Liverpool yang lain dijaringkan oleh Salah dan Arnold. Manakala gol city dijaringkan oleh Penyerang baru mereka alvarez


Post a Comment

Previous Post Next Post