Naik Taraf Stadium Bukit Jalil Bermula MAC 2023

Naik Taraf Stadium Bukit Jalil Bermula 2023. isu stadium keramat yang digunakan pasukan harimau malaya ini masih belum menjumpai titik noktahnya. Apabila ia dikatakan akan mula dinaik taraf bermula mac 2023 nanti.

Timbalan menteri belia dan sukan berkata;  "Untuk makluman Dewan yang mulia bahawa pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhasrat untuk meneruskan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi penganjuran kejohanan bola sepak peringkat Asia.


Naik Tarah Stadium Bukit Jalil Bermula 2023




Naik Taraf Stadium Bukit Jalil Bermula 2023

"Walau bagaimanapun, kementerian ini menyedari akan kekurangan keseluruhan kualiti SNBJ. Sehubungan itu, kementerian ini di dalam proses menaik taraf SNBJ dan dijadualkan bermula pada Mac 2023 dan dijangka selesai penghujung 2023.


"Untuk makluman Yang Berhormat, pihak PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) sedang dalam proses memuktamadkan aspek teknikal dan proses perolehan yang dibenarkan. Siling peruntukan yang diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan Ke-2 adalah sebanyak RM32 juta," katanya.


"Pada masa ini, pihak PSM mengambil tindakan untuk menutup Stadium Nasional mulai 15 Jun 2022 bagi melaksanakan kerja baik pulih fasiliti secara berperingkat.


"Penutupan ini tidak membabitkan keseluruhan Stadium Nasional tetapi hanya kawasan yang terbabit dengan kerja baik pulih sahaja," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.


Previous Post Next Post