Malaysia U19 Mara ke Final AFF U19

 Malaysia U19 Mara ke Final AFF U19. Dalam perlawanan petang semalam, skuad hassan sazali berjaya menundukkan pasukan Vietnam dalam aksi separuh akhir piala AFF 2022 Bawah 19 tahun. Skuad yang asalnya telah pun mencapai target FAM, kini lebih cemerlang apabila melayakkan diri ke pentas akhir.


Malaysia U19 Mara ke Final AFF U19




Malaysia U19 Mara ke Final AFF U19

Sebelum ini, skuad bawah 19 tahun ini sering menjadi kecaman kerana keputusan yang kurang baik diperoleh di peringkat kumpulan. Mereka juga tewas 0-1 kepada Loas di perlawanan terakhir kumpulan.

Dengan keputusan yang tidak memuaskan itu sedikit sebanyak menggusarkan penyokong bola sepak negara kerana bimbang bakat yang ada pada pemain muda negara dipersia-siakan sahaja.

Jurulatih Hassan sazali berjaya membuktikan keupayaannya sehingga berjaya membawa pasukan bimbingannya itu ke pentas akhir yang dijangka akan berlangsung pada jumaat.

Dalam perlawanan menentang vietnam, gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Adam Farhan Faizal pada minit ke 26. Diikuti dengan jaringan Haiqal Haqeemi Hairi mitnit 70 dan Haykal Danish 87 selepas kesilapan pertahanan vietnam terlepas bola.

Malaysia akan bertemu dengan laos sekali lagi tetapi kali ini di pentas final pula. Semoga berjaya buat skuad bawah 19 tahun malaysia.


Previous Post Next Post