Kita Tunggu Kim Pan Gon Pulang

Kita Tunggu Kim Pan Gon Pulang. itulah yang diluahkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi apabila ditanya mengenai siapa bakal dilantik menjadi jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara.

Timbalan presiden berkata sudah pasti mereka akan bertanyakan dahulu kepada Kim Pan gon mengenai siapa yang sesuai utnuk mengisi kekosongan tersebut kerana mahu kesinambungan skuad baah 3 tahun dengan skuad senior.

Kita Tunggu Kim Pan Gon Pulang


Kita Tunggu Kim Pan Gon Pulang

 "Jawatankuasa Teknikal dan Pengarah Teknikal (Scott O'Donell) juga akan memberikan pandangan dia tentang perlantikan ini. Tentu sekali pemilihan ketua jurulatih B-23 akan membabitkan ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon.



"Seperti sedia maklum bahawa kita mahukan pasukan B-23 ini selari dengan skuad kebangsaan. Jadi, jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pasukan kebangsaan memang dalam peringkat perbincangan setakat ini.


"Tetapi 'coach' Kim Pan-gon masih belum balik, jadi kita tunggu Kim Pan-gon balik, diberitahu dalam sehari dua mungkin dia akan sampai ke sini semula.


"Mungkin akan ada perbincangan yang intensif bersama Kim Pan-gon selepas ini bagi menentukan hala tuju siapa yang patut menjadi ketua jurulatih supaya selari dengan pasukan kebangsaan.


"Kita tahu bahawa persiapan pasukan kebangsaan akan turut babitkan pemain B-23 ini, jadi kita mesti babitkan jurulatih skuad kebangsaan bagi sama-sama dalam menentukan siapa yang sesuai untuk menggantikan Brad Maloney.


"Waktunya (pengumuman rasmi) saya tak dapat nak bagi tahu sampai bila tetapi diharapkan seberapa cepat yang boleh. Kita pun tak mahu terlalu cepat sebab takut tersalah buat keputusan pula nanti. Jadi keputusan itu mahu seberapa cepat dan tepat," kata Yusoff yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Previous Post Next Post