Jurulatih Kim Pan Gon Balik Korea Selatan Jika ..Spekulasi demi spekulasi berlaku. namun ini sangat penting untuk peminat harimau malaya. Ia berkaitan dengan jurulatih skuad kebangsaan Malaysia iaitu Kim Pan gon.
Jurulatih asal dari korea selatan ini dikatakan dapat pulang ke korea selatan jika tuan rumah AFC Piala Asia 2021 akan berlangsung di sana. ia susulan pihak afc mengeluarkan kenyataan bahawa 4 negara telah rasmi membida kejohanan tersebut.
Jurulatih Kim Pan Gon Balik Korea Selatan Jika ..
antara negara yang telah membidanya adalah Qatar, Indonesia, Korea Selatan dan juga Australia. Kalau dari segi rekod penganjur kejohanan, Qatar dan Australia paling sukar untuk mendapatkan hak kejohanan selepas mereka baru sahaja menganjurkan kejohanan tersebut pada 2011 dan 2015 yang lalu.
Manakala Korea Selatan pula kali terakhir menjadi tuan rumah piala asia adalah pada tahun 1960 yang lalu.
Indonesia pula menjadi tuan rumah pada tahun 2007 bersama dengan Malaysia, Thailand dan vietnam. Jadi kita nampak peluang untuk korea selatan mendapat hak penganjuran.
Jika benar, maka kim pan gon akan membawa Malaysia pulang ke kampung halamannya nanti. Tak sabar jika perkara ini menjadi kenyataan.
Post a Comment