JDT Umum Jurulatih Baru, HECTOR BIDOGLIO

Siapa Hector Bidoglio? JDT Umum Jurulatih Baru! Baru sahaja mengumumkan Mora meninggalkan mereka semalam, Hari ini jurulatih JDT yang baru diumumkan. Beliau adalah Hector bidoglio dari Argentina.


JDT Umum Jurulatih Baru, HECTOR BIDOGLIO


JDT Umum Jurulatih Baru, HECTOR BIDOGLIO

Dalam kenyataan rasmi, JDT mereka berkata kepada para peminat mereka;

SELAMAT DATANG HECTOR BIDOGLIO!

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dengan sukacitanya mengumumkan Hector Bidoglio, bekas pemain Venezuela sebagai ketua jurulatih Harimau Selatan berkuat kuasa serta merta.

Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell's Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Selamat Datang dan selamat maju jaya Hector!

-- 

Info mengenai coach hector ini adalah beliau dilahirkan pada 5 February 1968 dan kali terakhir menjadi jurulatih Aucas iaitu pasukan dari liga ecuador.

Tahniah atas pelantikan ini jurulatih Hector Bidoglio. Kita harap deligasi kejayaan pasukan JDT di pentas asia akan diteruskan dengan jurulatih baru ini.



Previous Post Next Post