Hassan Sazali Naik Pangkat Ganti Maloney?

Hassan Sazali Naik Pangkat Ganti Maloney? Terkejut juga dengar nama coach hassan dipetik menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun negara selepas jawatan itu kosong kerana pengunduran Brad Maloney baru-baru ini.

Hassan Sazali Naik Pangkat Ganti Maloney?


Hassan Sazali Naik Pangkat Ganti Maloney?

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh setiausaha FAM. Namun masih belum ada keputusan khusus mengenai perkara tersebut. 


"Jawatankuasa teknikal masih dalam peringkat menilai dan mengenal pasti jurulatih B-23 negara kerana seperti sedia maklum pasukan terbabit akan mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 2023.


"Hala tuju (B-23) boleh dikatakan sama dengan skuad senior iaitu mereka perlu ikut 'template' sama. Oleh itu kita akan duduk berbincang bersama Pan-gon sebelum mendapat keputusan kepada pengganti Maloney.


"Sasaran Hassan sekarang adalah untuk meneruskan sebagai jurulatih bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) di Mongolia. Besar kemungkinan (Hassan sebagai jurulatih B-23). Tetapi ia terpulang kepada penilaian Pengarah Teknikal, Jawatankuasa Teknikal, pengurusan kebangsaan dan juga Pan-gon," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma FAM, hari ini.

--

Jadi kita perlu tunggu keputusan jawatan kuada teknikal bagi memperoleh siapa bakal menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun negara nanti. Aku harap jurulatih dari korea yang akan mengisi slot tersebut.


Previous Post Next Post