Gergasi Merah Mahu Kalahkan Tok Gajah Malam ini

Malam ini kita ada perlawanan tumpuan yang menyaksikan pasukan Selangor akan menentang pasukan Pahang. Selangor yang kembali menemui rentak kemenangan mahu meneruskan rentak ini dengan menewaskan pasukan Pahang pula. 


Gergasi Merah Mahu Kalahkan Tok Gajah Malam ini


Gergasi Merah Mahu Kalahkan Tok Gajah Malam ini

Bertandang ke Stadium darul makmur bukan lah satu perkara mudah untuk anak buah Michael Feichtenberiner itu. Namun dia berkata setelah kemenangan ke atas sabah dalam piala fa baru ini, ia sedikit sebanyak meningkatkan moral pemain.


"Perlawanan berikutnya kami akan ke Pahang dalam Liga Super dan ia aksi yang bukan mudah. Kami tiada banyak masa untuk raikan kemenangan (kejayaan menewaskan Sabah di Piala FA) dan kami harus fokus untuk aksi esok dan ia perlawanan yang sengit.


"Kami perlukan mata dalam Liga Super untuk menaikkan kedudukan kami dan kami tidak berada pada posisi terbaik seperti Sabah. Jadi kami nak pergi sejauh mungkin dalam Liga Super, jadi kami perlu buat persediaan sebaiknya untuk aksi dengan Pahang itu," katanya yang berasal dari Jerman.

--

Pemain selangor jika bermain macam lawan sabah baru-baru ini, pasti akan mudah membelasah Pahang. Penang pun boleh menang dengan Pahang inikan pula gergasi merah kan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan untuk perlawanan malam ini.




Post a Comment

Previous Post Next Post