Fandi Ahmad dan Dollah Salleh Perkuat Pahang.

Fandi Ahmad dan Dollah Salleh Perkuat Pahang. Sebentar tadi, Pasukan Sri Pahang FC telah mengumumkan pelantikan dua bekas lagenda Pahang sebagai peneraju bagi pasukan tersebut berkuat kuasa serta merta. 

Pahang telah melantik Dollah Salleh sebagai jurulatih sementara sehingga habis musim ini bagi memberbaiki kedudukan pasukan tersebut. Manakala mereka juga melantik lagenda Pahang yang juga bekas pemain singapura iaitu fandi ahmad sebagai  penasihat teknikal kelab tersebut. 


Fandi Ahmad dan Dollah Salleh Perkuat Pahang.


Fandi Ahmad dan Dollah Salleh Perkuat Pahang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh sri pahang. mereka berkata

KENYATAAN MEDIA

Kelab Bolasepak Sri Pahang mengumumkan bahawa pengurus pasukan Dollah Salleh telah dilantik sebagai ketua jurulatih interim pasukan Liga Super Sri Pahang sehingga akhir musim ini.  

Beliau mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya.

Kelab juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Christophe Gamel.  

Sementara itu, Sri Pahang turut berbesar hati mengumumkan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal kelab.  

Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang,  beliau pernah menyarung jersi tok gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.

Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang.

-- semoga dengan perlantikan ini akan mengembalikan pasukan pahang ke tempat yang sepatutnya. sudah dua musim pahang menghadapi masalah jurulatih.

harapnya mereka kembali ke landasan sebenar nanti.

Previous Post Next Post