Berikan 100 % Persembahan Terbaik Lawan JDT

Berikan 100 % Persembahan Terbaik Lawan JDT. Malam ini, pasukan Melaka united akan menerima kunjungan pasukan dari selatan iaitu JDT. Kedua-dua pasukan berentap bagi merebut slot ke semi final piala fa 2022.

Berikan 100 % Persembahan Terbaik Lawan JDT


Berikan 100 % Persembahan Terbaik Lawan JDT

Pemain muda melaka united Harith Naem Jaineh yang juga bekas penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan berkata dia akan memberikan 100% persembahan terbaik dalam perlawanan ini.

"Saya akan memberikan 100 peratus persembahan dalam perlawanan kali ini kerana fokus yang jitu amat diperlukan untuk menembusi pertahanan kental pelawat yang dibarisi pemain kebangsaan dan import terbaik.

"Pengalaman beraksi bersama skuad B-23 kebangsaan selain Selangor FC II dan Sabah sebelum ini sentiasa menjadi panduan saya untuk meningkatkan prestasi semasa,"katanya.

Dia yang sering diberi tugasan sebagai `super bub' buat skuad berkenaan sebelum ini jelas memiliki corak permainan lincah yang mampu mengelirukan pertahanan lawan.

Harith pernah diturunkan dalam perlawanan menentang JDT yang menyaksikan mereka mengikat pasukan dari selatan itu dengan jaringan 1-1 dalam liga super.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di stadium hang jebat, melaka.


Previous Post Next Post