9 Import, Cabaran Untuk Pemain Tempatan. Sejak pengumuman MFL mengenai pendaftaran 9 pemain import untuk setiap pasukan minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan kepada beberapa pihak mengenai peluang pemain tempatan beraksi di dalam liga super semakin berkurang.
9 Import, Cabaran Untuk Pemain Tempatan
Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donnell berkata;
"Satu perkara yang mencabar untuk memastikan pemain muda mendapat minit perlawanan dan dengan pertambahan kepada 34 perlawanan bermula musim depan, ini satu langkah yang positif.
"Dengan lima pemain import di atas padang dan satu pemain di bangku simpanan, ini adalah satu cabaran untuk pemain tempatan kita bagi meyakinkan jurulatih yang mereka juga layak untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
"Saya pun tak pasti kerana penggunaan (sembilan) import ini bergantung pada pasukan tetapi pemain tempatan kita perlu buktikan kemampuan mereka juga," katanya.
--
Pada mulanya nampak macam merugikan pemain tempatan tetapi berdasarkan kenyataan MFL hanya 5 orang import + 1 import sahaja dibenarkan bermain dalam setiap perlawanan liga super. Bermakna, lebih separuh dari skuad atas padang boleh diisi dengan pemain tempatan.
Kita harap, perubahan ini tidak menimbulkan masalah kepada pemain tempatan nanti.
Post a Comment