Stadium Bukit Jalil Ditutup Mulai 15 Jun 2022

 Stadium Bukit Jalil Ditutup Mulai 15 Jun 2022. Selepas menerima kecaman dan kutukan dari dalam dan luar negara, akhir kementrian belia dan sukan sudah memaklumkan bahawa stadium bukit jalil ditutup bagi memulakan pemulihan padang yang lebih baik.


Stadium Bukit Jalil Ditutup Mulai 15 Jun 2022


Stadium Bukit Jalil Ditutup Mulai 15 Jun 2022

Baru-baru ini, padang bukit jalil menjadi sebutan apabila padang tersebut becak dan lecah ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain.

Sehinggakan tular, petugas menggunakan penyodok untuk membuang air dari atas padang. Oleh sebab itu jugalah imej negara tercalar dalam kalangan peminat bola sepak dunia.

sehubungan dengan itu, Menteri Belia Dan Sukan telah memaklumkan bahawa, stadium tersebut akan mula ditutup pada rabu bagi memulakan proses pemulihan padang dan menggantikan padang.

"Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja baik pulih, namun keadaan semasa memerlukan tindakan lebih segera.

"Keperluan baik pulih dan penambahbaikan amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan SNBJ akan ditutup mulai Rabu bagi kerja baik pulih dimulakan," katanya menerusi kenyataan kepada media.

Semoga kenyataan ini benar berlaku dan dimulakan proses pembaikan padang. Kalau padang lebih baik, tak mustahil kita boleh membida piala asia 2023 nanti.


Previous Post Next Post