Mora Puji PJ City Bermain Baik.

Mora Puji PJ City Bermain Baik. Selepas membelasah PJ City dengan jaringan besar iaitu 4-0, jurulatih JDT Benjamin Mora memuji corak permainan yang ditampilkan oleh PJ City dalam perlawnaan tersebut.


Mora Puji PJ City Bermain Baik.


Mora Puji PJ City Bermain Baik.


"Kesukaran yang kami hadapi untuk merobek gawang PJ City FC kerana mereka membentuk formasi 5-3-2 dan 5-4-1, corak berkenaan begitu kompak dan ruang bergerak juga sempit malah pemain mereka pantas menutup ruang dan berjaya menghalang beberapa rembatan bola pemain JDT.



"Tiada ruang di posisi tengah walaupun kami menguasai posisi itu dan terpaksa berlegar di posisi itu untuk bergerak dan mengumpan bola dalam usaha memecah benteng pasukan lawan yang tampak kebal malah agak sukar menembusi lima pemain pertahanan lawan.



"Mereka mengamal corak permainan bertahan yang menyukarkan kami menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan terpaksa bertindak merembat bola dari luar kotak penalti dan saya akui ia bukan tugas mudah seperti apa yang kami lakukan menjaringkan gol awal pada babak pertama," katanya.



Previous Post Next Post