Kedah Bantai Kaya FC Tanpa Belas Kasihan!

 Kedah Bantai Kaya FC Tanpa Belas Kasihan! itulah tajuk yang sesuai untuk posting kali ini yang mana aku berbangga dengan prestasi kedah di peringakat AFC 2022 ini selepas mereka memperoleh kemenangan pertama.

Jujur, musim ini, aku masih memberi ruang kepada kedah untuk perbaiki pasukan dan juga gameplay mereka. Aku nak Kedah sebaris dengan pasukan hebat lain seperti Terengganu dan JDT. Dalam perlawanan semalam, kedah mengalahkan Kaya fc dengan jaringan 4-1.

Kedah Bantai Kaya FC Tanpa Belas Kasihan!


Kedah Bantai Kaya FC Tanpa Belas Kasihan!

Aku tengok perlawanan semalam dan aku boleh kata, separuh masa pertama memang kedah agak ketinggalan. tetapi Kaya fc juga tidak melakukan serangan berbahaya sangat. Masing-masing banyak bermain di bahagian tengah padang sahaja.

Bermula separuh masa kedua, permainan mula berubah. Kedah mula mengasakk bagi mencari gol.

57' Fayadh Zulkifli (Assist Ronald Ngah)

63' Mahmoud Al-Mardi (Assist Ronald Ngah)

83' Ngah Wanja (Assist Mahmoud Al-Mardi)

90+3' Fayadh Zulkifli

Dua gol dari Fayadh Zulkifli yang masuk sebagai pemain gantian telah berjaya membawa kedah memenangi perlawanan ini. 

Kedah akan bertemu dengan pasukan visakha fc pada perlawanan terakhir pada 30 jun 2022 ini.

Previous Post Next Post