Kalah Ditangan Bahrain, Harapan Masih Ada? Ramai yang mula risau dengan kedudukan pasukan negara selepas mengalami kekalahan pertama menentang Bahrain semalam.
Rata-rata yang menganggap peluang harimau malaysa ke piala asia sudah tertutup tapi sebenarnya ia masih terbuka.
Format afc Qualifiers, beri tuah..
Sebenarnya, selain dari juara kumpulan, 5 naib juara terbaik akan berpeluang ke piala asia 2023 nanti. Jadi Malaysia perlu menang menentang Bangladesh bagi mendapatkan slot kedudukan 5 pasukan naib juara terbaik tersebut.
Kalau kalah, maka tertutup sudah peluang kita ke Piala Asia.
Jangan lupa, peluang kita masih ada. teruskan berdoa dan berdoa agar kita dapat saksikan Harimau malaya ke asia 2023 nanti.
Dalam perlawanan menentang Bahrain, skuad harimau malaya tewas 2-1 dalam keadaan padang yang teruk dan lecak.
Kecuaian pemain juga menjadi faktor kita kalah. jadi kita harap coach dapat kembalikan balik keyakinan penyokong dan memenangi perlawanan seterusnya.
Post a Comment