JDT Belasah Selangor 5-1

JDT Belasah Selangor 5-1. Semangat berkobar-kobar selangor yang mahu kemenangan keatas JDT malam ini terkubur apabila mereka di belasah teruk pasukan dari selatan, JDT dalam perlawanan liga super sebentar tadi.

JDT Belasah Selangor 5-1


JDT Belasah Selangor 5-1

dengan jaringan yang besar menyaksikan anak buah, Michael Feichtenbeiner dilihat gagal membuat percubaan awal  kegawang JDT sepanjang separuh masa babak pertama.

Ini menyaksikan JDT lebih senang menjaringkan gol apabila bergson menjaringkan gol pertama seawal minit ke 3.

Kemudian pada minit ke 24, Forestieri pula menjaringkan gol kedua pasukan dan kemudian pada minit ke 34 velazquez pula menjaringkan gol ketiga untuk JDT.

Bersambung babak kedua, bergson menjaringkan gol keempat jdt pada minit ke 54 sebelum sumareh menutup jaringan dan malam pesta jdt dengan gol kelima pada minit ke 92.

Gol selangor pula dijaringkan oleh Nor Hakim Hassan pada minit ke 82.

Keputusan akhir JDT 5-1 SELANGOR.

Previous Post Next Post