Jaami Qureshi tiba di Wisma FAM!

Jaami Qureshi tiba di Wisma FAM! Ramai peminat bola sepak tempatan sudah tidak sabar lagi untuk melihat ke mana destinasi pilihan pemain warisan Jaami Qureshi.

Pemain tersebut yang bermain bersama dengan pasukan b19 brigton &Hove albion ini disebut-sebut bakal menyertai skuad harimau malaya di masa hadapan.

Jaami Qureshi tiba di Wisma FAM!






Jaami Qureshi tiba di Wisma FAM!

Klibatnya hadir di wisma FAM menjadi tanda tanya sama ada dia sudah bersetuju menyarung jersi skuad kebangsaan atau hanya sekadar permulaan perbincangan sahaja. 

Perkara itu dikongsikan bapa Jaami, Perviz Qureshi menerusi laman Instagram Story miliknya yang menunjukkan video pendek anaknya keluar dari sebuah kereta.

Jaami kemudian mengambil gambar di wisma itu berlatar belakang logo FAM.

Bapa Jaami telah menolak perlawaan FAM untuk menyertai skuad latihan bawah 19 tahun sebelum ke kejohanan afc bawah 19 tahun bersama dengan skuad brad maloney.

Ia mahu Jaami diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal daripada jurulatih ketika itu, Brad Maloney.

Sebelum ini juga terdapat laporan yang Jaami hendak bermain dengan skuad kebangsaan iraq berbanding harimau malaya.

Jadi status ini masih tak tahu sama ada dia nak pilih pasukan mana. Kita hanya boleh tunggu panggilan rasmi untuk mengesahkan pasukan negara pilihannya.


Previous Post Next Post