Jaami Qureshi Bukan Rakyat Malaysia - FAM

Baru-baru ini tular mengenai seorang pemain bola sepak yang berkelana di England, Jaami Qureshi datang ke wisma FAM. Dia dikatakan akan menyarung jersi harimau malaya.

Namun sebenarnya ia hanya lawatan biasa sahaja dan tidak dibincangkan mengenai sama ada Jaami akan bermain untuk harimau malaya atau tidak.

Jaami Qureshi Bukan Rakyat Malaysia - FAM


Jaami Qureshi Bukan Rakyat Malaysia - FAM

Setiausaha FAM berkata kedatangan Jaami Qureshi hanyalah sekadar berjumpa dengan Presiden FAM dan juga jurulatih,Kim Pan gon dan tidak dibincangkan berkenaan harimau malaya. 

Beliau berkata kepada harian metro;

"Sebenarnya tak ada bincang untuk Jaami bermain bersama Malaysia pada perjumpaan baru-baru ini. Dia hanya hantar emel untuk berjumpa presiden dan Pan-gon dan kita pun balas boleh.


"Pada perjumpaan itu, tak ada langsung bincang apa-apa termasuklah berkaitan agenda tertentu. Semua orang cakap dia akan bermain untuk pasukan kebangsaan namun untuk pengetahuan semua Jaami bukan rakyat Malaysia.


"Dia kena tahu prosedur negara kita tak membenarkan memegang dua kerakyatan. Perkara itu sudah diterangkan kepada pemain terbabit namun jika segala dokumentasi selesai barulah akan melalui sesi pemilihan," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Barulah kita tahu yang Jaami bukan pemain warisan sebaliknya dia memilik passport negara britain. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan mempunyai dua kerakyatan dalam satu-satu masa.

Jaami boleh mewakili harimau malaya jika dia boleh melepaskan passport kerakyatan britainnya itu. tetapi tetap perlu melalui proses pemilihan pemain seperti biasa.


Previous Post Next Post