"

Sebuah karya cerekarama Ayahanda Ibrah Ramadan yang diarahkan oleh Dato Tarmimi Seregar yang meruntun jiwa. Drama yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga Tok Imam yang dihormati oleh masyarakat kampung.

Sebelum ini, Aku dah tengok ayahanda versi drama di TV3 dulu. Memang terkesan dalam hati. Kali ini ia akan ditayangkan dalam bentuk telefilem pula!


Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan




Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan

Cerita ini masih mengisahkan tentang keluarga Abdullah dan juga Noriah.

Kehidupan bahagia mereka diuji apabila buat kali pertama Noriah memberontak dengan suaminya yang membawa kepada pertengkaran.

Isunya adalah majlis kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Sebelum ini, memang kita tahu, Noriah seorang isteri yang taat tetapi sekarang telah berubah?

Kenapa Noriah berubah dari taat kepada baran ni?

Info Telefilem

Ayahanda Ibrah Ramadan ini akan ditayangkan pada hari sabtu 14 Mei 2022 pada jam 10 malam. Antara pelakon yang terlibat adalah Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.

Selain itu, pelakon Noorkhiriah, Shahz Jaszle dan Hairi Safwan, Rita Nadira dan tasha Shilla juga turut membintangi telefilem ini

Selamat menonton.


Previous Post Next Post