Telefilem raya, artis pujaanku mai beraya ini mengisahkan tentang seorang peminat yang teruja dengan kehadiran artis terkenal yang diminatinya. Siapakah artis tersebut? Cerita ini pernah ditayangkan pada tahun lepas dan akan diulang tayang semula pada tahun 2022 ini. Antara pelakon utama yang terlibat adalah Fikry Ibrahim dan Emma Maembong.

Gandingan mantap fikry dan emma berjaya menghidupkan jalan cerita dan plot artis pujaanku mai beraya. korang nak tahu apa kesudahan cerita ni?


Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya


Sinopsis Telefilem Artis Pujaanku Mai beraya

Cerita ini mengisahkan tentang zain yang tiba-tiba bawa pulang kawannya yang merupakan artis terkenal di Malaysia ke kampungnya. terus tercetus kekecohan dalam orang kampung.

Tujuan zain bawa shafinaz ke kampunya adalah untuk shafinaz merasai pengalaman pertama kali sambut puasa di kampung setelah beberapa tahun di luar negara.

Maka adalah adegan lucu dan mencuit hati bila orang bandar masuk kampung ni.

pada masa yang sama, zain ada perasaan dengan shafinaz dan cuba untuk melamarnya pada malam raya.

Dapat tak zain melakukannya?

Info Telefilem

Artis pujaanku mai beraya ini akan ditayangkan untuk slot cerekarama sempena hari raya ini. tapi kalau korang terlepas untuk tengok boleh layan di bawah ya.

Ini merupakan karya pengarah Heykal Hanifah dan turut dibintangi pelakon lain seperti Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai. Hattan dan Sherry Al Jeffry.


REVIEW

Disebabkan aku dah tengok cerita ni, jadi aku tulislah review artis pujaanku mai beraya ini untuk korang ya. bagi aku telefilem ni bes sebab jalan cerita dia yang santai dan sesuai untuk suasana hari raya. jadi korang tak lah rasa stress sangat.

Dari tajuk dia pun korang dah boleh agak, jalan cerita dia macam mana kan. Aku cadangkan untuk korang yang nak layan dengan family tu boleh lah layan cerita ni.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post