Telefilem Anak Syurga (TV3)

Telefilem Anak Syurga (TV3) ini mengisahkan tentang seorang suami dan bapa yang tidak dapat menerima kenyataan apabila anak yang dilahirkan tidak sempurna.

Antara pelakon utama dalam telefilemini adalah Ashraf muslim dan Intan Ladyana. Sebenarnya,telefilem ini dah ditayangkan pada tahun 2019 tetapi akan ditayangkan semula pada15 Mei 2022 ini.


Telefilem Anak Syurga (TV3)


Telefilem Anak Syurga (TV3) 

Cerita ini menceritakan tentang Ikmal yang terkejut dengan kelahiran anak mereka yang mengalami Autism. Anaknya bernama Adam itu sepatutnya memberi kebahagian dalam dirinya tetapi dia tidak rasa macam itu.

Sehinggalah satu ketika dia bertemu dengan Pak Sahak yang merupakan tukang cuci di tempat kerjanya. Pak sahak nampak ikmal dah berubah.

Jadi dia nasihatkan ikmal.

Satu hari, Ikmal terpaksa tumpang Pak Sahak kerana moto nya rosak. Dirumah Pak Sahak, ikmal terkejut apabila dua anak pak sahak adalah OKU.

Tetapi kehidupan dalamrumah itu sangat bahagia.

Ikmal mula sedar yang dia telah buat jahat dengan Adam. Akhirnya dia insaf dan kembali menyayangi adam seperti mana manusia yang lain.

Info Telefilem

Anak syurga ini merupakan karya arahan Along Kamaludin untuk wiranusa corporation. Ia akan ditayangkan pada hari ahad di slot cereka ahad di tv3.

Antara pelakon yang terlibat adalah Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari dan Hasnul Rahmat.

Selamat menonton!


أحدث أقدم