Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang.

Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang. Hai semua! hari ini aku nak kongsikan satu laman web yang menyediakan permainan online tau. Bukan apa, sejak dua tiga menjak ni rasa macam stress pula bila banyak kerja bertimbun bagai. Jadi aku pun carilah permainan atau game online yang simple untuk aku main.

Bukan senang tau nak main game online. hehe kadang-kadang tu menambah stress lagi banyak.hehe 


Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang.


Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang.

Ramai yang tak sedar yang main game pun ada banyak kelebihan dia tau. Keburukan pun banyak tapi selagi mana kita gunakan dia sebaik mungkin, maka ia akan jadi baik.

Antara kelebihan main game online adalah memberi kita tenaga positif. Kita tahu yang setiap orang nak aura positif, Game salah satu perkara yang boleh beri keriangan kepada pemainnya. pada masa yang sama dia juga dapat memberi mood yang baik pada badan kita.

Yang kedua adalah permainan online atau game online ini dapat melatih otak kita secara kritis dan kreatif. 

Sememangnya permainan online ini melatih otak kita menyelesaikan masalah dan menyiapkan misi yang diberikan. Kita juga akan bermain dengan emosi jika kita gagal menyelesaikannya.

Ia juga membantu kita melatih otak supaya sentiasa berfungsi malah ia akan membantu menghubungkan sel-sel otak apabila kita berfikir.


Yang terakhir adalah kalau korang rajin main game online, korang akan dapat lebih ramai kawan baru. Sekarang ini banyak game online yang boleh stream beramai-ramai.

Perkara ini banyak membantu anak muda merapakan hubungan dengan rakan-rakan mereka selepas waktu sekolah mahupun waktu kerja.

Bila ramai kenalan, kita akan jauh dari kesunyian. Maka ia juga baik untuk kesihatan mental kita.

APA GAME SIMPLE YANG BEST UNTUK DICUBA?

Macam aku cakap tadi, aku tengah stress jadi aku cari game mudah dan simple untuk aku main. Perangai aku yang satu ni adalah aku tak suka game yang susah sangat.

Sebab nanti aku akan bertambah stress. hehe jadi aku ada jumpa laman web, https://www.solitaire.org/.

Pada mulanya aku tak yakin sangat tapi bila dah start main tu, eh boleh menang pula. hehe selain itu kelebihan dia adalah korang boleh main gunakan browser chrome korang jer.

Tak perlu nak download ke apa kan, buka laman web dan terus main. Yang penting tak lag! hehe.

Baru-baru ni juga aku ada main game hidden item. 


Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang.




Misi dia adalah mencari number-number yang tersembunyi. Nampak mudah tapi level satu jer dah pening sebab memang tersembunyi.

Mula-mula tu nak marah sebab cari tak jumpa, tapi nasib baik ada clue dan juga solving problem yang di sediakan dalam game ni.

Macam dalam gambar atas ni korang ada nampak tak kanta pembesar tu? aku cari number yang aku tak jumpa pakai benda tu lah. Lepas tu barulah aku jumpa.hehe.


Selain itu aku juga cuba main permainan candy fiesta !

Main Game 'Simple' Ini Isi Masa Terluang.


Ala! macam permainan yang korang main dekat phone tu.  Misi dia masih sama, selesaikan candy-candy yang sama untuk mendapat jalan keluar( menang).

Main game ni aku ralit sikit, sebab memang best dan tak terlalu susah. Sesuai untuk korang yang naksantai-santai main game kan.

Last-last naik level juga lah aku ni. hehe


** SEMUA GAME AKAN DIBEKALKAN CARA MAIN DAN PERATURAN PERMAINAN. jangan risau yer!

Penutup


Akhir sekali, pemainan video ni ada banyak kebaikkan sebenarnya tetapi orang selalu salah guna permainan video ini. Ada yang sampai mengabaikan keluarga dan ada juga yang sampai bergaduh antara satu sama lain kerana permainan video ini.

Jadi sebagai manusia yang waras kepala otak, gunakanlah ia sebaik mungkin dan gunakan ia untuk kebaikan dan bukannya untuk keburukan yang boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik. contohnya pergaduhan dan lain-lain.

Aku nak korang cuba game yang aku cuba dekat atas ni, baru korang dapat kurangkan stress korang tu. 

Selamat mencuba!

Previous Post Next Post