"

Budak Perempuan Maut dibaham Singa. Terkejut sebenarnya bila baca berita ni tadi. Kisahnya adalah seorang kanak-kanak perempuan di baham seekor singa di sebuah zoo di negara Sudan.

Lokasinya adalah di Bandar Diner di selatan Khartoum. Kanak-kanak itu berusia 10 tahun dan mereka sekeluarga bercuti dan melawat taman hidupan liar berkenaan.


Budak Perempuan Maut dibaham Singa
gambar sekadar hiasan




Namun ia bertukar tragedi apabila kanak-kanak berkenaan di serang seeekor singa ketika dia cuba mendekati kandang berkenaan.

Walaupun ada tanda amaran supaya pengunjung tidak mendekati kandang berkenaan namun ia sudah terlewat. 

Tapi biasalah budak-budak, semua dia nak tahu kan. jadi budak ni pun tundukkan kepala dia kearah kandang dan terus diserang oleh singa berkenaan.

Mangsa parah di tempat kejadian dan meninggal dunia.

Kakak mangsa yang berada di sebelahnya selamat. ketika singa itu menyerang budak itu, pengunjung lain cuba membantu tetapi tidak terdaya.

Previous Post Next Post