Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3). TERBAIK! Jangan lupa untuk tonton drama terbaru ini yang akan mula ditayangkan pada 28.3.2022 ini. Drama yang dibintangi pelakon utama Aedy Ashraf dan Eyka Farhana ini merupakan drama yang di adaptasi dari sebuah novel karya Wan Nur Najihah. Pasti ramai yang tak sabar nak tahu apa sinopsis drama bila hati memilih dia ini kan. Jom kita sambung baca di bawah ini. 


Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)


Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)

Sebelum kita baca sinopsis drama bila hati memilih, aku nak kongsikan watak-watak dalam drama ini dulu ya. Pelakon Aedy Ashraf melakonkan watak sebagai Nazril, manakala pelakon Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha.

Selain itu, pelakon  Maryam Annisa sebagai El dan kita ada pelakon Gambit Saifullah sebagai Iqram. Seterusnya Shima Anuar sebagai Sofea dan terakhir Qistina Khaled sebagai Adwa.

Sekarang ni jom kita baca sinopsis drama ini dibawah ya.

Drama ini mengisahkan mengenai Nazriel yang telah bercerai dengan isterinya setelah 8 tahun berkawin. Walaupun perit, dia terpaksa terima hakikat yang perkahwinannya gagal.

Selepas itu, selama 6 tahun hidup bersama dengan anaknya barulah hidupnya kembali diuji. Seseorang telah muncul dalam hidupnya.

Adra seorang gadis yang tidak terfikir akan berjodoh dengan majikannya itu. Namun sejak dia mula mengasuh Nufail iaitu anak kepada Nazriel.

Makin lama bekerja dengan Nazriel, Adra mula rasa kagum dengan semangat seorang bapa muda yang menjaga anaknya. 

Namun, hidup adra berubah selepas berlaku peristiwa hitam terhadap dirinya. Nazriel pula rasa bersalah dan dia ambil tanggungjawab untuk menjadikan adra sebagai isteri. Hanya demi menyelamatkan maruah Adra yang dicalar lelaki lain.

Adra pada mulanya tidak selesa namun kerana Nazriel mahukannya, maka dia turuti. Adra menjadi isteri kepada Nazriel dan ibu tiri kepada Nufail.

Namun, keikhlasan adra terhadap keluarganya itu mula diragui. Perangai sebenar Si Nazriel pula semakin terdedah setelah beberapa lama berkahwin.

Dapatkah Adra dan Nazriel pertahankan keluarga mereka? Atau ia juga akan menerima jalan buntu sama seperti perkahwinan pertama Nazriel?

Sama-sama kita saksikan.

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

INFO DRAMA

Bagi yang tak tahu, drama ini akan mula ditayangkan pada 28 Mac 2022 pada hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Drama ini diarahkan oleh Bahri Uma dan skripnya ditulis oleh Farah Alya As'ari. Antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Maryam Annisa, Gambit Saifullah dan Shima Anuar.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Qistina Khaled, Shahz Jaszle, Izuan Razali, Zila Bakarin, Azri Sabri, Yasmine Diaries, Aleza Shadan dan Syera Aziz.

Sekali lagi nak ingatkan! jangan lepaskan peluang untuk menonton drama menarik ini mulai 28 haribulan mac nanti ya.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post