Senarai Pelakon Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Senarai Pelakon Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. Hai semua, sejak hari pertama ia ditayangkan iaitu pada 3 Mac 2022 yang lalu, Ramai peminat filem tanah air gembira dan pada masa yang sama berasa sayu dengan karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini. Siri kampong pisang ini sangat dekat dengan rakyat Malaysia kan. Walaupun tidak sempat menghabiskannya, namun mujur ada anak arwah yang dapat menyelesaikan nya.


Senarai Pelakon Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali


Hasil daripada itu, mereka berjaya mengumpul RM 1 JUTA kutipan selama 6 hari tayangan filem tersebut. Jom kita tengok siapa pelakon filem kampong pisang berbuah dua kali dibawah ini.


Senarai Pelakon Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali 

Antara pelakon utama dalam filem ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri dan ramai lagi. 

Bagi aku, setiap pelakon dalam cerita ini sangat memainkan peranan masing-masing sehinggakan kita tengok seperti tiada hero atau heroin utama dalam cerita ini.

Watak-watak yang dimainkan sangat berkesan kepada penonton. Berikut merupakan watak yang dilakonkan oleh pelakon dalam filem ini.

  1. Kazar Saisi sebagai Pak Din 

  2. Bell Ngasri sebagai Barkoba 

  3. Aziz M Osman sebagai Pak Jabit 

  4. Mat London sebagai Pak Karim 

  5. Dewa Sapri sebagai Cik Purnama 

  6. Azman Mantra sebagai Cik Gerhana 

  7. Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek 

  8. Anis Nisham sebagai Yati 

  9. Ahmad Yassin sebagai Yassin 

  10. Wong Wei Tian sebagai Teck Zee 

  11. Rasydan Zakaria sebagai Adan 

  12. Nizam Mok Ram sebagai MA Mok 

  13. Hafiz Aziz sebagai Mirlun 

  14. Joey Daud sebagai Daud M 

  15. Yeop Hitler sebagai Manap Sengau 

  16. Rashid Othman sebagai Faguha Jabar 

  17. Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Filem ini mengisahkan tentang Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. 

Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. 

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Untuk menonton penuh para pelakon filem kampong pisang berbuah dua kali ini, korang boleh langgan di Astro First tau!

Jom support filem tempatan! Selamat menonton!

Previous Post Next Post