Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira. Hai semua! hari ini aku nak kongsikan mengenai sebuah drama baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini merupakan drama lakonan pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim dan juga pelakon Rita Nadira. Kalau korang perasan diorang ni pernah bergandingan dalam cerita ayahanda yang pernah ditayangkan di tv 3 juga. Mesti gandingan dua pelakon hebat dalam drama kerana dia sukan ni pastikan kelihatan serasi kan.  


Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira


Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

Dalam drama ini Fikry Ibrahim melakonkan watak sebagai Idham, manakala Rita Nadira sebagai Wardina. Seterusnya pelakon Trisha Ooi sebagai Zaimah dan pelakon Fendi London sebagai Haji Budin.

Selain itu kita juga ada pelakon Riz Amin sebagai Ijol dan pelakon hebat Nasha Aziz sebagai Seha

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma dan Zain Saidin.

Bagi yang tak tahu, drama kerana dia suka ini akan ditayangkan pada 9 mac 2022 dan akan disiarkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam.

Kalau terlepas siaran di tv, korang boleh tonton semula di Disney+ yer. Drama ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan skripnya ditulis oleh Mufid Suhaimi dan Next Scene Team.

Sinopsis ringkas drama kerana dia suka.

Drama ini mengisahkan tentang Wardina yang ditikam belakang oleh tunang dia bernama Sufian. Jadi sebab luka hati, dia pergi ke sabah bersama dengan kawan baiknya.

Di sana dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menyerabutkan kepala yang bernama idham. Mula-mula Wardina tidak minat dengan idham tetapi selepas itu dia mula merasai rasa cintanya terhadap idham.

Tapi idham pula sudah bertunang. Apa yang jadi denganperhubungan mereka ? kalau nak tahu kenalah tengok drama baru kerana dia suka ini di tv 3 !!


Previous Post Next Post