Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri (Astro Prima)

Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri (Astro Prima). OK! Aku nak kongsikan sinopsis kali ini. Drama yang baru mula  tayang pada 21 Mac 2022 yang lalu merupakan sebuah drama yang di adaptasi dari drama korea bertajuk Temptation of Wife. Drama 80 episod ini dibintangi oleh pelakon Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh sebagai peneraju utama. jom kita baca sinopsis drama dendam seorang isteri yang ditayangkan di astro prima.


Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri (Astro Prima)


Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri (Astro Prima)

Sebelum aku kongsikan sinopsis drama dendam seorang isteri, aku nak bagi tahu yang drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 6 petang.

Skrip nya pula ditulis oleh Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired dan Suzanna Zaily. Untuk pengarah pula, drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nizam Zakaria untuk produksi Radius One Sdn Bhd.

Drama dendam seorang isteri yang korang tengok ini mengisahkan tentang kehidupan seoranggadis kampung bernama Amira.

Amira ini mulanya bertuah kerana dia berkahwin dengan lelaki kaya dalam keluarga yang kaya. Lelaki tersebut bernama Haris. Tapi masalah si haris ini adalah dia suka berfoya-foya dan tidak setia dengan isterinya.

Masalah amira bertambah rumit apabila Mona, ibu kepada Harris mula menekannya selepas dia keguguran. Amira kemudian menjadi mangsa dera ibu mertuanya itu.

Kirana pula adik angkat kepada Amira dan merupakan rakan karibnya. Dia ni belajar di luar negara dan kemudian balik ke Malaysia. Balik jer, terus nak caras si Hariss dari Amira. Rupanya kirana ini dah lama benci dengan Amira.

Syafiq pula seorang adik kepada amira. Dia sangat suka dengan Kirana dan berharap kirana dapat menyukainya namun sayang kirana tak layan dia pun.

Selepas, Amira tahu Haris curang dengan Kirana, Amira nekad untuk serang Kirana. Tapi kirana tak kisah pun malah dia mengaku ada hubungan dengan Haris. Siap minta amira yang tinggalkan haris tau!

Dalam kekusutan masalah keluarga, Amira buat keputusan untuk pergi dari hidup haris, tetapi lain pula jadinya. Bapanya ditimpa masalah besar sehinggakan dia terpaksa minta tolong dari Mus. Mus tolong tapi bersayarat, mus nak amira stay dalam rumah tu dan kekal menjadi isteri kepada Haris. Amira setuju.

Akibat sukar sangat nak hapuskan Amira, Kirana dan Haris cuba untuk membunuh amira walaupun amira tengah mengandung anak haris.

Namun mereka sangkat amira sudah mati, tetapi amira berjaya diselamatkan oleh seorang jejaka bernam Naufal.

Naufal kembali memberi harapan baru untuk Amira terus hidup dan membalas dendam terhadap keluarga harris.

Amira berubah menjadi Neelisa !

Kalau nak tahu apa yang terjadi selepas itu? korang kenalah tonton drama dendam seorang isteri ini sampai habis tau.

kalau baca sinopsis drama dendam seorang isteri jer, tergantung lah jalan cerita dia.

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Watak Pelakon Dalam drama Dendam seorang isteri

Dalam cerita ini, Fasha Sandha membawa watak sebagai sebagai Amira  dan Neelisa. Manakala Nad Zainal sebagai Kirana.

Wan Raja pula merupakan Harris dan Aidit Noh sebagai Naufal. Roy Azman pula sebagai Mus dan Ziema Din sebagai Datin Mona. 

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Dian P. Ramlee, GM Fauzan, Zarynn Min , Sefik Khair, Amylea , Kween Keela, Sharmaine Farouk dan pelakon Isaac Iman.

Akhir sekali, jangan lupa untuk tonton kesemua episod drama menarik ini di saluran astro prima!


Previous Post Next Post