Biodata Nafiez Zaidi, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.

Biodata Nafiez Zaidi, Pelakon Drama Kerana Dia Suka dan juga kekasih Fify Azmi. Hai korang, kali ini aku nak cerita mengenai seorang pelakon kacak dan semakin diminati ramai ini. Nafiez Zaidi merupakan antara pelakon lelaki Malaysia yang berbakat dan mampu menghasilkan lakonan yang mantap. Walaupun jarang dapat watak utama, namun kehadiran dia dalam drama memang sentiasa di nanti-nantikan. Jomlah kita baca biodata nafiez zaidi di bawah. Orang selalu kenal dia juga sebagai kekasih kepada fify azmi tau.  

baca juga : Biodata Ezzanie Jasny.

Biodata Nafiez Zaidi, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.


Biodata Nafiez Zaidi, Pelakon Drama Kerana Dia Suka.

Pemilik nama penuh Abdul Nafiz Abduzaidi ini lebih dikenali dengan nama glamournya iaitu Nafiez Zaidi. Dia dilahirkan pada 3 Februari 1992 dan dilahirkan di Kangar Perlis. Orang Utara rupanya.

Kini dia menetap di Kuala Lumpur. Dia pernah belajar di Politeknik sultan abdul halim mu'adzam shah di kedah dan mula menceburi bidang hiburan sejak tahun 2013 lagi tau.

Instagram : Instagram Nafiez Zaidi.

Kami turut kongsikan karya lakonan pelakon ini dalam biodata nafiez zaidi ini juga tau.Antara drama dibintanginya seperti Kiah The Spy, Meh Sandar Pada Aku, Budak Boys, Andainya Takdir 2, Voice Note, Hot Chocolate & Tea Lady dan Saat Aku Berpaling dan Superhero Hati.

Termasuk telefilem Pak Deris Jambul, Lilinkah Aku, Hati Untuk Siapa, Karlisa, Peninggalan Arwah dan lain-lain.

Untuk filem pula, dia pernah berlakon dalam filem Misteri Dilaila dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Aku boleh katakan, setiap kali dia berlakon, pasti ramai yang akan menantikan lakonan dia. Semoga bakat nafiez lebih diketengahkan dan diberi peluang untuk membawa watak utama dalam drama lain pula nanti.

Semoga berjaya! 


Previous Post Next Post