Telefilem Nafsu Mental (Astro Citra 2022). Sebuah telefilem baru yang akan ditayangkan pada 15 Januari 2021 ini. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Syafiq Kyle, Fatin Afeefa dan Riza Min. Minggu lepas kita dah tengok telefilem orang minyak kampung lenggong lakonan faisal Hussien kan. Agak-agaknya macam manalah jalan cerita telefilem nafsu mental ni kan. Tajuk dia macam berat jer.. jom kita baca sinopsis dia di bawah ini.



Sinopsis Telefilem Nafsu Mental (Astro Citra 2022)

Telefilem nafsu mental ini mengisahkan tentang tabiat buruk yang telah lama merebak dalam diri seseorang menyebabkan mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan. 

Manusia ini di depan pandangan kita memang nampak baik, tetapi kerana nafsu mereka yang pelik ini mampu membuatkan mereka bertindak di luar jangkaan. 

Nafsu yang dimaksudkan itu adalah keghairahan menonton filem lucah. Disebabkan terlalu ketagih sehingga menyebabkan mereka mencari mangsa mereka sendiri.

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Info Telefilem

Bagi yang tak tahu, telefilem ini akan ditayangkan pada 15 Januari 2021 ini di saluran astro citra untuk slot citra exclusive tau.

Telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader untuk produksi fast motion official tau. Bagi penulis skrip telefilem ini pula adalah Puovin Sandera dan tommy lohchungtat.

Antara pelakon yang terlibat adalah syafiq kyle, fatin afeefa, rizamin, fazlina ahmad daud dan meor mohd.

Aku rasa telefilem ini memberi banyak pengajaran kepada kita terutamanya dalam dunia serba canggih ini, macam-macam boleh berlaku.

Tak sabar pula nak tengok sampai habis telefilem menarik ni kan. tapi kena tunggu hari sabtu ni lah ya.

Selamat menonton!





Previous Post Next Post