Telefilem Puaka Janda (Astro Citra 2022)

Telefilem Menarik, Puaka Janda ini merupakan sebuah filem seram yang berjaya memikat hati penonton yang menonton cerita ini. Jangan lupa untuk tonton telefilem baru ini pada hari sabtu ini bertarikh 29 Januari 2022 nanti. Telefilem ini dilakonkan oleh pelakon seperti Elly Mazlein, Haeriyanto Hassan, Mak Wan dan Rozie Othman. Sebelum itu, aku nak recall balik telefilem minggu lepas iaitu Survival 486 yang dilakonkan Nora Danish. Memang best tau, harapnya cerita minggu ni best jugalah kan. jom kita baca sinopsis Telefilem Puaka Janda (Astro Citra 2022) yang telah kami sediakan untuk anda semua.


Telefilem Puaka Janda (Astro Citra 2022)

Ia akan ditayangkan semula pada 13 Mei 2023 nanti. kalau korang terlepas tu, boleh tonton puaka janda ni di astro citra tau. Aku pun nak tengok balik cerita ni sebab best. hehe

Sinopsis Puaka Janda.

Bagi yang tak tahu, puaka janda ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mariam. Dia ni terjerumus dalam ilmu hitam selepas sering kali menjadi mangsa kepada musuhnya. 

Sejak daripada itu, dia mula menyukainya dan mula membalas dendam terhadap sesiapa yang telah menyakitinya pada masa lalu.

Dalam cerita ini juga kita akan dapat saksikan apabila Mariam sering berbalas ilmu hitam dengan musuhnya sehinggakan menyebabkan dirinya makin teruk dan lemah.

Akhirnya badannya dirasuk oleh iblis dan syaitan. Kalau nak tahu apa jadi dekat mariam ni, korang kenalah tengok sehingga habis telefilem ini  pada hari sabtu ya.  

Untuk kaki telefilem!!

Jom join group fb >> Kaki telefilem << untuk tengok drama terkini!

Info dan Pelakon

Macam biasalah, setiap hari sabtu jam 9 malam merupakan slot citra exclusive yang akan menayangkan telefilem seram setiap minggu. Begitu juga dengan cerita ni.

Waktu tayangannya adalah pada hari sabtu 29 januari pada jam 9 malam di Astro citra. 

Telefilem ini di arahkan oleh Hashim Rejab dan skripnya pula ditulis oleh puovin sandera, tommy loh chung tat untuk produksi pencil pictures.

Bagi watak-watak  puaka janda ni, kita ada pelakon Elly Mazlein yang melakonkan watak sebagai Mariam. kemudian kita ada Nasz Sally sebagai Khalisa dan juga kak girl sebagai kak gayah.

Selain itu kita ada pelakon lain seperti Din Tamam, Haeriyanto Hassan, Mak Wan dan Rozie Othman. Ditambah pula dengan perlakon baru seperti Faris Fitri, Shukri Tahir, Alif Ali dan Suky San.

Akhir sekali jangan lupa untuk tonton telefilem ini sehingga habis barulah kita dapat tahu apa yang terjadi kepada mariam di akhir cerita ini.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post